PROSES TEMPAHAN & PEMBAYARAN

PROSES TEMPAHAN & PEMBAYARAN
LANGKAH 1
>> Isi Borang Tempahan
Pastikan borang tempahan diisi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan sekiranya disebabkan kecuaian anda. Sila scan/fotostat lakaran (layout) anda dan fax/email kepada kami. Sila rujuk muka depan website.

LANGKAH 2
>> Deposit/Pendahuluan - 50% daripada jumlah tempahan.
Sila buat bayaran deposit/pendahuluan kepada kami melalui bank in @ pindahan kredit (sila rujuk muka depan website). Pastikan anda fax @ emailkan slip bayaran sebagai bukti pembayaran kepada kami. Sementara itu, pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan penerimaan pembayaran permulaan.

LANGKAH 3
>> Membuat Rekabentuk Lakaran/Artwork/Master/Design
Pihak kami akan memulakan pembikinan artwork untuk kad kahwin yang telah anda tempah. Tempoh pembikinan artwork akan siap dalam tempoh kurang daripada 1 minggu. Setelah artwork siap, pihak kami akan fax @ email kepada anda untuk pengesahan awal. Pembetulan/kesilapan yang terdapat pada artwork akan dikemaskini/dibetulkan sehingga tiada kesilapan dan baru proses percetakan dilakukan.

LANGKAH 4
>> Bayaran Penuh Tempahan Sebelum Percetakan
Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum percetakan dibuat (sila rujuk Langkah 2 untuk pembayaran). Setelah bayaran diterima sepenuhnya, pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan pembayaran.

LANGKAH 5
>> Proses Percetakan Kad Kahwin
Proses percetakan akan dimulakan (setelah artwork tiada kesalahan & bayaran diterima sepenuhnya) dalam tempoh 7 - 12 hari bekerja tetapi bergantung juga kepada musim kahwin & kerumitan sesuatu kad.

LANGKAH 6
>> Tempahan Kad Siap Dicetak
Pihak kami akan menghubungi anda untuk proses penghantaran. Anda akan diberitahu apabila kad anda telah diposkan. Sekiranya kad tidak sampai dalam tempoh 7 hari bekerja, anda hendaklah menghubungi kami secepat mungkin.

Terima Kasih & Selamat Pengantin Baru dari kami.
" Kualiti & Kepuasan Anda Keutamaan Kami ".